SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Monday, May 11, 2009

DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan

pendidikan rendahnya.

Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan

Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Adi pernah sebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan

Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching; tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri.

Adi banyak menulis makalah ilmiah tentang pendidikan dan diterbitkan dalam beberapa jurnal akademik. Selain itu, Adi telah banyak menghasilkan kertas kerja untuk symposium, seminar dan konvensyen mengenai pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan. Buku ilmiah beliau School Supervision: A Sarawak Experience telah diterbitkan pada tahun 2004. Selain terlibat dalam alam pendidikan, Adi bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kebahasaan, kesusasteraan dan teater.

Adi pernah memenangi Piala Pungguk kerana menjadi Johan Pertandingan Menulis Sajak Remaja (1974) bagi sajak Gratitude. Kerana sajak Penagih Sepi menjadi anak Sarawak yang pertama menerima Hadiah Sastera Kebangsaan pada tahun 1975 untuk bidang puisi. Dalam gerakan kebahasaan dan kesusasteraan Adi juga pernah menjadi:

Ahli Jawatankuasa Parsatuan Bahasa dan Sastera Sarawak (PEBAS)

Ketua Satu, Persatuan Penuiis Utara Sarawak (PUTERA),

Pengasas dan Ketua Satu, Gabungan Perastuan Penulis Sarawak (GPPS),

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Ketua Satu, Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA)

dan kini sabagai Pengarusi, Medan Teater Sarawak (MANTERA).

Dalam bidang kasusasteraan sehingga kini Adi talah menghasilkan 3 kumpulani puisi

perseorangan — Lagu Malam, Puisi Buat Mama dan Panziarah Waktu.

Selain itu karya-karya Adi juga dimuatkan dalam baberapa kumpulan puisi bersama dengan beberapa

penuiis nasional yang Iain. Beberapa buah sajak Adi juga dimasukkan ke dalam buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Kompcnen Sastera.

Sehingga kini, kerana hasil karya kreatif dan penglibatan dalam dunia kebahasaan dan kesusasteraan Adi telah menerima anugerah berikut:

Hadiah Sastera Kabangsaan (Puisi) 1975 & 2003

Hadiah Sastara Sarawak (Puisi) 1995,

Hadiah Aktivis Sastera Sarawak 1997, dan

Hadiah Sastera Sarawak (Drama) 1998.

Kerana sumbangan itu juga Adi telah dikurniakan pingat-pingat berikut: ABS (1985), AMN (1997), PBS (2002), JBS (2003), Pingat Peringatan Delima (Perak)(2003), dan DJBS (2004).

PROFESOR MADYA DR JAMIL HAJI HAMALI

Associate Professor Dr.Jamil Hamali holds a Diploma in Business Studies from MARA

institute of Technology, Shah Alam in 1984 and a Bachelor in Business Administration

(majoring in Industrial Marketing) from Western Michigan, USA in 1986.

He obtained his MBA with distinction from the United States lntemational University, San Diego, USA in

1988.

He was the Deputy Principal (Academic Affairs) of Universiti Teknologi MARA, Kuching(UiTM) before he left for the UK for his PhD. Dr.Jamii completed his PhD in Total Quality Management from the University of Salford, Manchester in less than three years.

Currently, Dr..lamil Hamali is the Campus Director UiTM Sarawak. Before assuming this post, he was the Dean of the School of Business, UiTM Shah Alam, Malaysia (the largest business faculty in the country). Prior to that he was the Deputy Director (Student Affairs) of UWM Sarawak.

Besides holding administrative post, he is heavily involved in conducting various seminar and training specializing in the area of total quality management, marketing, strategic planning, motivation, team building, communication, entrepreneurship, leadership, change management, study skills, problem solving and decision making. Participants who attended his presentations, highly recommends him as a dynamic, entertaining and inspiring speaker.

Among his client's are CELCOM, Bank Utama, Bintulu Development Authority, Dynamic Seminars,

Kuching Waterboard, Customs & Excise, teacher’s training colleges, youth associations, schools and various government agencies and departments. He is also an accomplished researcher and several publications to his crecits.

In 1995 and 2004 Dr.Jamil Hamali was awarded the Excellence Service Awards (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) for his achievements and contributions.

He is an active member of institute of Management Sarawak(MASA), Kesatuan Kaunseling Sarawak (KASARA) and Invention & Design Association of Sarawak(lDEAS). He is

currently the President of lDEAS.

In 2002, to recognize his contributions towards youth and community works in the state and exemplary performance as a government officer, Sarawak State Government awarded Dr.Jamil Hamali with the Pegawai Bintang Kenyalang Award.

On campus, Associate Professor Dr.Jamil Hamaii is actively involves in various committees and association. On the International front, Dr.Jamii Hamali maintains his collaborataive works with the High Performance Organization(HPO) Research Group of University of Salford, Manchester, United Kingdom.

PROFESOR MADYA DR JAMIL HAJI HAMALI

Associate Professor Dr.Jamil Hamali holds a Diploma in Business Studies from MARA

institute of Technology, Shah Alam in 1984 and a Bachelor in Business Administration

(majoring in Industrial Marketing) from Western Michigan, USA in 1986.

He obtained his MBA with distinction from the United States lntemational University, San Diego, USA in

1988.

He was the Deputy Principal (Academic Affairs) of Universiti Teknologi MARA, Kuching(UiTM) before he left for the UK for his PhD. Dr.Jamii completed his PhD in Total Quality Management from the University of Salford, Manchester in less than three years.

Currently, Dr..lamil Hamali is the Campus Director UiTM Sarawak. Before assuming this post, he was the Dean of the School of Business, UiTM Shah Alam, Malaysia (the largest business faculty in the country). Prior to that he was the Deputy Director (Student Affairs) of UWM Sarawak.

Besides holding administrative post, he is heavily involved in conducting various seminar and training specializing in the area of total quality management, marketing, strategic planning, motivation, team building, communication, entrepreneurship, leadership, change management, study skills, problem solving and decision making. Participants who attended his presentations, highly recommends him as a dynamic, entertaining and inspiring speaker.

Among his client's are CELCOM, Bank Utama, Bintulu Development Authority, Dynamic Seminars,

Kuching Waterboard, Customs & Excise, teacher’s training colleges, youth associations, schools and various government agencies and departments. He is also an accomplished researcher and several publications to his crecits.

In 1995 and 2004 Dr.Jamil Hamali was awarded the Excellence Service Awards (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) for his achievements and contributions.

He is an active member of institute of Management Sarawak(MASA), Kesatuan Kaunseling Sarawak (KASARA) and Invention & Design Association of Sarawak(lDEAS). He is

currently the President of lDEAS.

In 2002, to recognize his contributions towards youth and community works in the state and exemplary performance as a government officer, Sarawak State Government awarded Dr.Jamil Hamali with the Pegawai Bintang Kenyalang Award.

On campus, Associate Professor Dr.Jamil Hamaii is actively involves in various committees and association. On the International front, Dr.Jamii Hamali maintains his collaborataive works with the High Performance Organization(HPO) Research Group of University of Salford, Manchester, United Kingdom.

PROFESOR MADYA DR HAJI AHMAD RIDZUAN BIN HAJI ABANG AWIT

Beliau dilahirkan di Kampong Pusa, Saribas Sarawak pada 23 April 1954

Mendapat pendidikan awal di SK Pusa, SMK Saribas Debak dan SMB St.

Augustine Betong.

Dari tahun 1976 hingga 1977 Melanjut pengajian di Maktab Perguruan Sultan Tanjong Malim Perak. Kemudian berkhidmat sebagai Guru di SMK Tuanku Abdul Rahman dan SMK

Petra Jaya di Kuching.

Pada tahun 1982-1985 beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Putera Malaysia dan

memperolehi Ijazah Bacelor Pendidikan (Hons) in dalam bidang Linguistik. Beliau terus diserap menjadi pensyarah di Universiti Putera Malaysia Cawangan Bintulu.

Pada tahun 1988-1991 beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafal di University of Hull England dalam bidang Pendidikan Psikologi.

Di sepanjang kerjaya beliau selama lebih 30 tahun, beliau telah berkhidmat di Jabatan Pelajaran Sarawak, di tiga buah universiti iaitu di UPM (1985-1993), di UNIMAS (1993-2002) dan di UiTM Sarawak (2002 hingga sekarang).

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Program Sains Kognitif di UNIMAS dan Timbalan Pengarah Kampus UiTM Sarawak.

Beliau amat aktif dalam bidang penyelidikan, perundingan dan dalam persatuan-persatuan professional peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Pada tahun 2005, Prof Madya Dr Abang Ridzuan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

HAJI ABG MOHAMAD SHIBLI BIN HAJI ABG MOHAMAD NAILIE

Tarikh Lahir : 9 Jun 1962

Bangsa : MELAYU

Status Perkahwinan : KAHWIN

E-Mel : shahs74@streamyx.com / sattbs@streamyx.com

Kelulusan : i. Diploma Perakaunan, ITM (1983)

ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), UKM (1988)

Keahlian Professional : Ahli Berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) semenjak Julai 1992 sebagai Chartered Accountant

Kurniaan : i. Pingat Cemerlang Pengurusan PUSAKA oleh YAB Ketua Menteri

Sarawak selaku Pengerusi PUSAKA (1992)

ii. Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) oleh Tuan Yang Terutama Yang

DiPertua Negeri Sarawak (1995)

iii. Pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) oleh Tuan Yang Terutama

Yang DiPertua Negeri Sarawak (2003)

iv. Darjah Kebesaran Johan Bintang Kenyalang (JBK) oleh Tuan Yang

Terutama Yang DiPertua Neeri Sarawak (2006)

Pengalaman : i. SEPTEMBER 1983 HINGGA JUN 1985

Penolong Akauntan di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak

(SEDC)

ii. JULAI 1985 HINGGA JANUARI 1988

Cuti sambil belajar.

iii. NOVEMBER 1988 HINGGA SEPTEMBER 1996

• Akauntan — Bahagian Kewangan, Perbadanan Kemajuan

Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) [November 1988 hingga Jan

1992]

• Ketua Unit Pelaburan dan Kesetiausahaan Syarikat, PUSAKA

(Januari 1992 hingga September 1996)

Lain-Iain tanggungjawab & Iantikan semasa bertugas di PUSAKA

o Mengurus Dana UPM Sarawak Charitable Trust Fund

(November 1988 hingga Jun 1993)

o Mengurus Dana Sarawak Higher Education Foundation (June

1993 hingga September 1996)

o Mengurus Dana Nichimen Forestry Scholarship Fund (Jun

1993 hingga September 1996)

o Dilantik sebagai Pengarah Syarikat dan juga Setiausaha Syarikat dalam beberapa buah anak syarikat di bawah naungan PUSAKA. (Februari 1992 hlngga September 1996)

iv. SEPTEMBER 1996 HINGGA NOVEMBER 1998 ·

Group Accountant/Setiausaha Syarikat, Persela Group of Companies

v. DISEMBER 1998 HINGGA SEKARANG

Pengurus Besar, Tabung Baitulmal Sarawak

Lain-lain tangungjawah & Iantikan semasa bertugas di Majlis IsIam Sarawak (Tabung Baitulmal Sarawak)

· Setiausaha, Jawatankuasa Pembangunan Pesantren Abdul Taib Mahmud [2001 hingga sekarang]

· Ahli Jawatnnkuasa Dana Ibnu Khaldun

· Bendahari, 13th Science conference of Islamic Academy of Sclence yang berlangsung di Kuching, Sarawak (Peringkat Antarabangsa) )((2003)

Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Sarawak Islamic Information Centre (SIIC)

Memimpin Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak untuk MEMENANGI:-

Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (2005)

pada 18 Ogos 2005

Anugerah Khas 5S Peringkat Kebangsaan pada 29 November 2005

Anugerah Khas 5S Peringkat Kebangsaan (Tahun Ke-2) pada 25 November 2006

Kegiatan Luar : Peringkat PIBG

Naib Yang DiPertua, PIBG Sekolah Kebangsaan Rakyat, Jalan Haji Bolhassan (1999-2002)

Yang Dipertua, PIBG Sekolah Kebangsaan Rakyat Jalan Haji Bolhassan [2002 -2005]

Peringkat NGO

Bendaharl Kahormat HIKMAH (2005 - sekarang]

Lain-lain Membentang beberapa kertas kerja berhuhung pengurusan zakat,

kewangan dan amalan 5S pada seminar-seminar di peringkat negari dan

kebangsaan.

Penulis Artikel Mmgguan dalam akhbar Utusan Sarawak (2004 hingga sekarang)

Penulis Buku: Rakan Zakat Anda (terbitan 2005I

Penulis Buku: Rakan Zakut Anda - Roh & Realiti (terbitan 2006]

Penulis Buku: Rakan Zakat Anda - llmu, Iman, Dasar Amalan (Terbitan 2007)

(Dari Fail Operasi Kongres Islam Sarawak 2009)

DATU HAJI PUTIT MATZEN

Yang Dipertua
Majlis Islam Sarawak

Datu Haji Putit Matzen, BSc, Dip. Ed, Dip. Educational Management and Administration,
lahir di Kampung Stunggang, Lundu.

Pendidikan dari Sekolah Melayu Kpg Stunggang dan SK Bumiputera Lundu.

Pendidikan menengah di Dragon Secondary School (kini Kolej Tun Abdul Razak) dan Tanjung Lobang Secondary School (Kini Kole4h Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang di Miri)

Pendidikan Tinggi di North Sydney Technical College; University of Western Australia; Moray House College of Education, Scotland; SEAMEO Centre of Innovation and Technology, Philippines; Stanford University, USA, dan Iain-lain kursus pendek di INTAN dan IAB, Kuala Lumpur; University of Exeter. UK; Commonwealth Development Centre, London: serta Lawatan Sambil Belajar ke Jepun, Taiwan dan Singapura.

Berkhidmat sebagai Guru, Penolong Kanan, Pengetua, Pegawai Peperiksaan,
Pegawai Pelajaran Bahagian (2 kali), Ketua Penolong Pengarah (di 4 Seksyen), Timbalan
Pengarah, dan bersara sebagai Pengarah Pelajaran Sarawak pada tahun 2000.

Beliau kemudiannya menyambung perkhidmatan di Pejabat Ketua Menteri, Kolej Swasta IBMS dan dilantik Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak mulai 2003 hingga kini.

Aktif sepanjang persekolahan sebagai Pengawas, School Captain (3 tahun),
Secretary, kemudian Director, Overseas Students Service, University of Western Australia,
A President Colombo Plan Students Association Western Australia, Chairman Muslims
Students Association of Western Australia, dan dipilih sebagai Ahli Exco Students
Association of Kingswood College.

Sepanjang perkhidmatan, aktif dalam beberapa Persatuan Sukan, Kebudayaan, Sains dan Matematik, Bulan Sabit Merah, dan Pengakap.

Pernah menjadi anggota Lembaga Yayasan Sarawak, Majlis Islam Sarawak, Centre for
Modern Management, Normah Medical Specialist Centre, SABERKAS, Yayasan Budaya
Melayu, Lembaga Amanah Masjid Daerah Lundu, Kolej Komuniti Sejlngkat, dan lain-lain
Ahli Biasa seperti BINA, Persatuan Melayu Miri, dan Surau Setia.

Pernah juga menjadi Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak, dan Presiden Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak.

Telah dikurnia beberapa Anugerah: Perkhidmatan Cemerlang (1981), PPB (1982). AMN (1988), Perkhidmatan Terpuji (1992), PBK (1994), PBS (1999), DJBS (2000), PPS (2002), dan PPD (Perak)(2003), dan PTK (PBS/l/7) (2006).

(Dari fail operasi Kongres Islam Sarawak 2009)

Friday, May 8, 2009

DATU DR HAJI YUSOFF HAJI HANIFAH

Educator with a flair for Public Administration

Datu Dr. Haji Yusoff bin Haji Hanifah began his career in the civil service as an educator teaching in a well known public school in his hometown, Miri. Several high ranking government officials including Datu Dr.Hatta Solhee were among his students. Although he had never regarded his teaching vocation as a civil service position, he was very much conscious of his responsibility to society and his employer.

His perspective of what makes a civil servant changed when he assumed the role of a school supervisor.

His new role required him to interact a great deal more than previously. He spent a lot of time going out to meet the public to explain matters on education policy. "The public of the post colonial era was more critical of government policies especially if it involves the improvement of their children's education." he said.

Datu Dr. Haji Yusoff felt that he had played a positive role in the development of education in the state. Part of his contributions toward this included organising numerous dialogues and meet- the- parents sessions in the villages - activities he considered as very important aspects of administrative work.

Being a leader is never easy. Datu Dr. Haji Yusoff took it upon himself to make things happen as he saw it to be within the purview of his administrative and professional work to do this. " I quickly realised that my office is less important to me than the civic centres, school halls or community centres where I hold meetings with the people in the kampungs", he explained.

For him, these were the places where he learnt a great deal about people, their issues and their values - important knowledge to help a civil servant be a good leader.

Memorable Moments

In his illustrious decade old career with the State Civil Service ( he was appointed as Senior Assistant Director of Education in 1982), Datu Dr Haji Yusoff explained that the various positions he held since then had compelled him to assume leadership role to cover the relevant aspects of his administrative duties.

He was conscious of the need to be responsive to the needs of the public and the government. In the course of executing his work, he admitted that he had made mistakes. "Where I had made mistakes, I was prepared to admit it and acknowledge it", he added.

Taking care of the image of his department was a crucial part of his duty. He never took lightly the public relations aspect of his administrative work. He came across difficult customers with their unreasonable demands especially from those "close" to the politicians. "But I was determined to be firm in my decision. If the answer had to be "No", then that was what I would tell them", he affirmed.

Of course there were complaints from customers but these, he viewed were good indications of a healthy state of affairs in his department or ministry. Complaints from customers meant an opportunity to redress any shortcomings and promote improvement.

Two way communication

For a department to be effective and efficient, a healthy flow of communication must be encouraged among department staff and between the department and the public. He realised that there was a need to address the communication deficiency in his department. In fact, his determination not to be evasive and defensive in his dealings but instead to handle them positively especially the queries and feedback as well as his quick response to public frustrations may well be his greatest achievement in his career with the Service. He was very serious in his effort to maintain the good image of his department and took speedy remedial actions to counter negative public perceptions. " The image of my department is very important to me", he explained. One of his early strategies towards this end was to organise public relations workshops and seminars - something almost unheard of in those days. He wanted to promote better interaction and enhance the communication skills to improve work performance among his staff. He realised that it was not easy. After years of doing things in certain ways, effecting an improvement in the work culture needed a massive attitudinal change. "I persisted until I achieved a satisfactory result" he added with pride. His department began to make an earnest commitment to make the Civil Service what it should be. A Civil Service that was committed to the slogan " Berusaha, Berkhidmat, Berbakti" or loosely translated to mean : To Endeavor, To Serve , To Contribute.



From this exercise his department began to visualise mission atement and corporate charter. Today , almost every departments, ministries, agencies has a mission statement and a corporate charter to work towards.

"I was conscious that I needed to be responsive to the needs of the public and the needs of the Government," explains Datu Dr. Haji Yusoff (2nd from left)

Post Colonial Civil Service

Datu Dr Haji Yusoff labelled himself as a product of the post colonial civil service. In his opinion, it is still very much administrative and regulative in nature. But the era of the Chief Minister's "Politics of Development" has brought on many changes in the state civil service and it continued to change. Compared to the present day government, the pre-colonial administrators were authoritative and the public was expected to comply obediently.

For him, the State Civil Service after independence has many challenges to face. It was open to many queries and criticism from all sectors - the public, media, politicians, business community, the voters etc. All questions must be answered and all shortcomings be addressed. To survive, he said, a civil servant who assumed a leadership role must be well versed with what he termed as the "secrets of politics". One must understand the politics of the day, the mentality of politicians and the system in the complex organisation that he served, he added.

An ideal civil servant What makes an ideal civil servant? He must be honourable, incorruptible, innovative with the guts to take calculated risks.

In the old days, the civil servants were respected, revered and treated almost like kings. In fact, the resident of a district was seen as the king of his little kingdom.

Although the civil servants are still very much respected, the public perception of the civil servants has changed much over the last 30 years in Sarawak. They are expected to show compassion and act like a servant of the public. They are expected to be humble and must be prepared to admit mistakes and made efforts to correct them. Although they are not expected to know all the answers, they must be prepared with the answers to satisfy the needs of the public whom they served.

Another trait that he deemed as desirable in a member of the state civil service is the ability and willingness to give credit where and when it is due. For example, he said, many good ideas and suggestions to improve the quality of public service came from members of the public. A good civil servant should recognise these individuals and not assume these ideas as their own for their own personal fame and glory.

As Mayor, he introduced the use of credit card at the payment counters in DBKU ...(also in photo is Tuan Haji Morshidi)

An ideal civil servant must be able to work towards facilitating the private sector development, not just to regulate it, a move some may see as stifling the growth of industries towards economic development.

He commended the role played by government agencies such as the Land & Survey Department in speeding up the process of development for industrial areas in places like Demak Jaya.

Be it social, political or administrative, a civil servant must excel and to do this, he/she must be efficient in all aspects of public responsibilities. He must be efficient in managing tax payers funds, innovative in his approach towards his work and decisive in experimenting with new ways of doing things. The million ringgit question that all civil servants should ask was " Are we doing anything to improve our performance?".

Datu Dr Haji Yusof looked up with admiration and respect for the leadership skills shown by the present State Secretary, YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain. " Datuk Aziz has many new ideas he is experimenting with - all in the hope of giving an impetus and a boost to the performance of the civil service. The introduction of IT in the civil service was done towards achieving a paperless civil service, the use of the internet to search for knowledge was to enhance the performance of every member of the civil service and many other positive and innovative approaches for the promotion of an efficient and knowledge driven civil service, he explained.


Taking calculated risks

Being a good leader means having the courage to take calculated risks in making decision affecting their work and their departments. An ideal civil servant must be confident that nothing will go wrong with his decision. He must learn to anticipate, welcome and execute changes if they are necessary. Efficiency is a by-product of innovation and responsiveness. Ministries and departments must be encouraged to begin their own innovative agendas by implementing measures that would encourage efficiency. An ideal civil servant is expected to be innovative, responsive, consultative and be able to respond to the demands of the government and the public. Executing his role as a public servant for almost two decades has seen him taking many calculated risks in making decisions. His appointment as the first mayor of Kuching City North (DBKU) on August 1, 1988 brought his decision making skills to the fore. To his pride and joy, many of his innovative and calculated risks had paid off nicely, leaving a great legacy for his successors to inherit.

Profile

  • Senior Assistant Director of Education 1982 - 1983
  • Resident of Sri Aman 1983 - 1984
  • Permanent Secretary of 1984 - 1988
  • Ministry of Resource Planning
  • Mayor of Kuching City North 1988 - 1994

Datu Dr Haji Yusoff bin Haji Hanifah has a PhD in Sociology/Education. He currently serves as a member of the Board of Directors of several local/national corporations.

DATO SRI HAJI SAFRI AWANG HAJI ZAIDELL

Dato’ Sri Safwi Awang Haji Zaidell mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph’s di Kuching. Beliau memperoleh Sijil Persekolahan dari Dudley College, United Kongdom dalam tahun 1957 dan dalam tahun 1962 memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Victory Universty, New Zealand. Dalam tahun 1985 beliau menghadiri sebuah Program bagi Pengurus Kanan dalam Kerajaan di John F Kennedy School of Government, Havard University, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Sarawak dalam tahun 1954 dan kekal di dalam perkhidmatan sehingga bersara pada tahun 1990. Beliau telah berkhidmat di dalam pelbagai jawatan. Antaranya mengajar di sekolah rendah dan menengah serta di Maktab Perguruan Batu Lintang.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Pejabat Ketua Menteri, Pegawai Daerah, Attase Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Setiausaha Tetap di beberapa kementerian dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Safri Awang juga pernah berkhidmat dalam badan-badan berkanun. Beliau pernah menjadi Pengerusi Limbungan dan Kerja Kejuruteraan Brookes, Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak, Ahli Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang dan Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Setelah bersara beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Yayasan Sarawak, dan dalam jawatan itu, mewakili Yayasan Sarawak dalam Lembaga Aseambankers Berhad serta di dalam beberapa syarikat pembalakan.

Kini beliau merupakan Naib Presiden Majlis Pengakap Sarawak dan Pengerusi Yayasan Pengakap Sarawak.

Dalam bidang perniagaan beliau merupakan Pengerusi Jayaria Sdn Bhd, Mahsuri Ria Sdn Bhd, Lily Mahsuri Sdn Bhd; Klamars Sdn Bhd, Petronesa Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Petronesa Trading Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan pemilih salam di dalam Permodalan Sarawak Berhad dan Koperasi Anib Berhad.

(Disusun semasa Kongres Islam Sarawak 2009)

Tuesday, May 5, 2009

KE PERSATUAN PESARA SARAWAK



Haji Saidi Wahie, Presiden Persatuan Pesara Sarawak


Dalam usaha menjayakan Projek Biografi saya dan Cikgu Zamhari telah berkunjung ke pejabat Persatuan Pesara Sarawak di Jalan Kolam Air.


Ada sekurang-kurangnya dua tujuan asas kunjungan itu. Pertama ialah untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan demi membolehkan saya mewujudkan hubungan dan rangkaian kerjasama dengan para pesara yang menganggotai persatuan itu.


Tujuan kedua adalah untuk menghantar kertas maklumat dan mempelawa Persatuan Pesara Sarawak menghantar wakil ke dalam jawatankuasa Projek Biografi ditubuhkan oleh BPPMIS.


Malangnya ketika sampai di sama sekitar jam 9 pagi, kami hanya disambut oleh kerani persatuan itu, Cik Cecilia.


Setelah mengambil borang keahlian untuk kesemua pesara yang bertugas di BPPMIS saya dan Cikgu Zam balik dengan meminta Cecilia memberitahu Presiden persatuan akan hasrat kami itu.


Sebelum balik ke pejabat kami memutus untuk pergi sarapan kerana masing-masing belum sarapan dan kami terus ke Kopi-O Corner.


Sebalik saja duduk di salah sebuah meja di sebelah dalam kafe itu ada seorang insan yang datang mendekati meja kami sambil tersenyum lebar. Beliau ialah Cikgu Abang Nawawi Abang Abdul Rahman, bekas Ketua I PEBAS yang juga cergas sebagai ahli Rotary dan kini seorang peniaga setelah bersara dari MLNG di Bintulu.




Haji Abang Nawawi Abdul Rahman


Memang pun saya berfikir untuk berjumpa dengan Cikgu Abang Nawawi untuk mendapat banyak maklumat mengenai perjuangan hidupnya.


Beliau rupa-rupanya guru kepada Datu Adi, Zaini, dan ramai pembesar negeri. Menurutnya semasa mengajar Adi dan Zaini serta rakan-rakan untuk bersastera beliau menggunakan kaedah belajar di lapangan.


Beliau juga menceritakan tentang hubungan rapat dengan Allahyarham Datuk Amar Hajah Laila Taib, yang pernah menjadi guru dan pernah bersama-sama berusaha memungut derma untuk pembinaan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman atau STAR, tempat beliau pernah mengajar.


Malah katanya selepas 40 hari kematian Datuk Amar Hajah Laila nanti, MHBT (beliau jadi pegawai budayanya) akan mengusahakan satu acara Jasamu Dikenang untuk memperingati jasa Allahyarham.


Saya sempat meminta nombor telefonnya dan mencadangkan beliau menjadi tamu dalam satu sesi Pengisahan Pengalaman. Beliau bersetuju.


Beliau malah bersetuju untuk memulakan tulisan autobiografinya dengan saya sekali sekala menelefon untuk bertanya progres projek autobiografinya.


Setelah agak lama berbual dan setelah Cikgu Nawawi membayar harga minuman, kami berpisah dengan janji untuk terus bekerjasama.


Sejurus kami sampai di pejabat Cikgu ZXam menerima panggilan daripada Cecilia di Persatuan Pesara mengatakan saya terlupa beg mengandungi kamera dan dokumen yang memang biasa saya bawa di pejabatnya.


Saya bergegas pergi ke pejabat persatuan itu dan kebetulan Haji Saidi Wahie, Presiden Persatuan Pesara ada di pejabat.


Sesampai di pejabat persatuan saya sempat berbincang dan memberitahu Haji Saidi tentang projek itu dan beliau bersetuju untuk membawa isu itu dalam mesyuarat pada 20 haribulan ini.


Bagi saya ini adalah restu dan pertolongan Allah untuk memudahkan kerja saya melaksanakan projek itu.


Insya Allah, dengan keredhaan Allah semuanya akan berjalan dengan baik.

KERTAS KONSEP PENGISAHAN PENGALAMAN

.

.

LATARBELAKANG DAN RASIONAL

 

Tiada yang baru kalau tiada yang lama kerana adanya yang dikatakan baru adalah kerana ada yang lama dan yang lama suatu ketika dahulu adalah yang baru, tetapi laluan usia mengubahnya menjadi yang lama.

Segala yang lama itu, walau betapa pun daifnya adalah sebahagian daripada sejarah dan kisah pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran. 

Orang yang ada pengalaman dan telah melalui pelbagai babak dan peristiwa kerana hidup yang sudah lama dilaluinya ialah orang-orang  tua atau sekarang lebih glamor disebut orang lama dan warga emas. 

Mereka memiliki timbunan pengalaman yang sesudah diteliti dan dikaji penuh dengan hikmah dan kebijakan, sekurang-kurang untuk panduan mengenalpasti mana yang buruk mana yang baik, mana yang susah dan mana yang senang, maka yang memudaratkan dan mana yang menyenangkan.

Nilai dan kebijakan daripada pelbagai pengalaman itu tidak bergantung kepada keturunan, kedudukan dan kekayaan seseorang yang sudah bergelar warga emas yang sememangnya sudah kurang mengambilkira hal-hal duniawi seperti itu.

Nilai atau harga pengalaman dan kebijakan daripada pengalaman itu bergantung kepada relevansinya dengan situasi semasa. Yang mengalami kejadian perahu karam di jeram dan terselamat dalam bencana itu mungkin sahaja seorang pegawai kanan, atau mungkin sekadar seorang anak perahu yang gajinya di bawah paras kemiskinan, tetapi pengalamannya sama nilai kepada orang-orang yang akan menaiki perahu melalui laluan yang sama.

Memangnya sudut pandangan dan penilaian seorang pegawai tinggi berbeza sedikit daripada orang tidak berpangkat dan berjawatan bagi peristiwa yang sama, kerana mereka berlainan kepentingan, perspektif dan tanggungjawab. Namun apabila kedua-duanya sama mati dalam peristiwa itu, layanan terhadap mereka sama dan kedua-duanya akan disebut sebagai mayat dan mangsa dan sama-sama akan disemadikan di perut bumi, untuk jasad masing-masing menjadi reput dimamah bumi dan menjadi sebahagian daripada tanah: asal tanah pulang ke tanah.

Berdasarkan penilaian dan hujah itu dirasai perlu ada usaha yang jelas dan terarah dan dilaksanakan secara sedar dan penuh komitmen untuk untuk memungut dan mengumpul apa sahaja pengalaman daripada sesiapa sahaja orang lama atau warga emas dan mereka yang telah melalui sesuatu peristiwa yang menggugah dan menggugat, supaya cerita pengalaman itu boleh diikuti dan difahami serta ditafsir oleh orang lain lalu diperoleh pengajaran dan contoh teladan dan panduan daripadanya.

Atas landasan itu Biro Perkhidmatan Pendidikan Sarawak menyusun dan berusaha memulakan satu program yang matlamat akhir ialah mendapat catatan pengalaman untuk dijadikan manuskrip buku yang boleh diterbitkan, dan diagihkan kemudiannya kepada masyarakat agar menjadi bahan pembinaan sahsiah mulia di kalangan anggota masyarakat.

Dalam usaha itu, yang disedari bukanlah mudah, disusun modus operandinya serta jadual tindakan seperti berikut:

Diadakan mesyuarat di kalangan mereka yang berminat dan berkepentingan untuk membincangkan konsep pendokumentasian pengalaman individu-individu dan kumpulan-kumpulan ini.

Dalam usaha itu harus dibincang dan dilaksanakan penubuhan sebuah jawatankuasa yang akan merancang dan menyusun tindakan lanjut kea rah menyebarkan maklumat mengenai usaha itu, mengadakan sesi-sesi pengisahan pengalaman yang dirakam dan didokumenkan untuk menghasilkan bahan asas.

Dalam melaksanakan kerja itu, orang-orang lama dan berpengalaman akan dipelawa bercakap dalam sesi berkhalayan untuk menceritakan pengalaman yang berkaitan dan menjawab soalan-soalan berkaitan daripada orang ramai yang hadir.

Penganjur menyediakan khalayak dan lebih penting ialah orang-orang yang berminat untuk menulis dan menghasilkan manuskrip kisah pengalaman diri sendiri, atau yang boleh menulis kisah hidup orang lain hadir dalam majlis itu dan menjadikan sesi itu sebagai sumber bahan bagi menulis manuskripnya.

Bahan-bahan daripada sesi demikian dijadikan bahan asas bagi meneruskan kerja menulis manuskrip, yang berkemungkinan akan melibatkan penyelidikan dan temu janji untuk temu bual beberapa kali lagi selepas itu.

Matlamatnya ialah bahan-bahan atau manuskrip-manuskrip yang dihasilkan akan diterbitkan melalui pelbagai saluran penerbitan yang dipersetujui bersama oleh penulisnya dan juga orang yang dikaji dan ditulis mengenainya.

Sasaran ialah 10 hingga 12 manuskrip setahun.

Selari dengan itu dalam rangka kerja dan program tindakan sebanyak lima sesi pengisahan dijadualkan tahun ini sebagai permulaan dan sekiranya didapati berjaya lebih banyak acara pengisahan akan diadakan tahun depan.

Majlis sebanyak lima sesi untuk kesemuanya diadakan di Kuching tahun ini dengan setiap sesi dihadiri oleh 40 orang.

Aktiviti ini merupakan Bahagian Pembangunan Sosiobudaya  di bawah program Kesejahteraan dan Kebajikan Sosial  Individu Muslim untuk kumpulan yang memerlukan bantuan dan bimbingan, sebahagian daripada strategi menyediakan peluang untuk menguasai kemahiran bagi tujuan kemandirian ekonomi bagi para peserta.

 

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

 

  • Aktiviti ini bermatlamat melahirkan sekumpulan penulis yang boleh  menghasilkan manuskrip/makalah /rencana berkenaan individu yang dijemput oleh penganjur untuk mengisahkan pengalaman  hidup mereka.

 

  • Aktiviti juga bertujuan memberi ruang kepada individu-individu yang terpilih dan dijemput untuk memerikan pelbagai pengalaman mereka berdasarkan satu tema atau persoalan yang menarik yang boleh dijadikan tema penulisan oleh para peserta.

 

  • Aktiviti ini bertujuan mewujudkan kesedaran dan keinsafan di kalangan para peserta tentang wujudnya pelbagai individu yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis yang berguna kepada orang lain untuk dijadikan contoh dan teladan dan sempadan dalam mengambil tindakan.

 

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan ialah kumpulan yang memerlukan bimbingan dan bantuan terutama mereka yang berminat di dalam bidang penulisan dan aktiviti kewartawanan, yang kemudiannya dapat menghasilkan karya  yang boleh bermanfaat kepada masyarakat.

 

ISI KANDUNGAN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN

Kandungan pengisahan ialah pengalaman-pengalaman kemanusiaan yang berguna sebagai contoh dan teladan dan ilmu pengetahuan kepada peserta.

Kandungan itu dibentangkan dalam sesi pengisahan dan penceritaan pengalaman secara bebas disertai soaljawab danpemberian penjelasan.

Hasil pengisahan akan dijadikan bahan untuk menghasilkan manuskrip/rencana/ makalah untuk diterbitkan.

 

SENARAI PAKAR ATAU BADAN RUJUK PROFESIONAL

Dalam melaksanakan kerja ini pihak penganjur akan bekerjasama dan mengambil rakan kongsi dari kalangan  mereka yang berikut:

Penulis berpengalaman

Dewan Bahasa dan Pustaka

UNIMAS

UiTM

Persatuan Pesara Sarawak

Persatuan Bekas Perajurit Sarawak

Persatuan Bekas Polis Sarawak

 


STRATEGI DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Strategi digunakan ialah dengan menjemput tokoh atau individu yang dikira mempunyai bahan pengisahan yang menarik sebagai tetamu/pengisah.

Para peserta akan dijemput melalui persatuan penulis dengan mengambil wakil persatuan ke dalam jawatankuasa pelaksana dan melantik salah seorang daripada mereka menjadi pengerusi atau moderator untuk sesi pengisahan.

Persatuan penulis diminta melantik ahli-ahli tertentu sebagai petugas yang akan melaksanakan tindakan susulan di bawah pengawasan dan memantauan BPPMIS.

Penganjur juga akan menjemput wakil-wakil dari agensi berita/kewartawanan untuk menjadi anggota jawatankuasa penganjur bagi mendapat liputan berita atau ruang penyiaran bahan daripada pengisahan.

Seboleh mungkin ajak sekumpulan orang/peserta menjadi angggota tetap jawatankuasa pengajjur untuk sepanjang tahun supaya mereka dapat membantu mencadangkan tokoh atau individu yang boleh dilantik menjadi pengisah.

 

RAKAN KONGSI DAN AGENDA BERKAITAN

 

BPPMIS memerlukan pelbagai pihak lain yang akan diajak untuk terlibat menjatakan projek ini kerana tanpa sokongan dan kerjasama orang lain projek ini tidak mungkin Berjaya.

 

DBP

Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA)

API

AKSARA

UNIMAS

UiTM

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Persatuan Pesara Sarawak

Persatuan Bekas Perajurit Sarawak

Persatuan Bekas Polis Sarawak

 

Agenda yang boleh dikaitkan ialah penerbitan biografi tokoh-tokoh terutama Melayu/Islam sebagai projek jangka panjang.


KPI DAN KAEDAH PENILAIAN

 

Indeks Penilaian ialah

jumlah penulis yang terlibat          /5

jumlah pengisah yang sedia terlibat          /5

jumlah sesi yang diadakan,                /5

jumlah manuskrip yang dihasilkan                 /5

jumlah buku yang diterbitkan       /5

 

Kaedah digunakan ialah menghitung jumlah orang yang terlibat, projek penulisan yang sudah dan sedang dijalankan dan buku yang diterbitkan.

 

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

 

Saiee Driss @ Saie bin Dris

Pegawai Penyelidik,

BPPMIS

013-8061506