SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Wednesday, September 16, 2009

ANITA SARAWAK: DEDAH RAHASIA


Farihad Shalla Mahmud

farihad@baharian.com.my

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20090917062000/Article

Anita Sarawak mahu hasilkan satu autobiografi mengenai kehidupannya sebelum ucap selamat tinggal kepada dunia seni

KANVAS kehidupan figura bernama Anita Sarawak ini terpalit seribu warna. Ada rona pelangi dan ada juga warna kusam dan hitam, seolah-olah menterjemahkan kisah hidup penyanyi ini dari mula mengenali erti dunia seni hinggalah ke saat kegemilangannya yang masih berlanjutan hingga ke hari ini. Hadirnya menjadi idola kepada semua anak seni. Bukan saja dari segi pencapaian, malah penampilannya yang sering memukau pandangan itu juga menjadi ikutan ramai.

Dan alangkah indahnya jika setiap saat yang dilaluinya itu dikongsi bersama peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya. Justeru, sebelum bibir mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni yang dicintainya, ingin pemilik nama penuh Ithnanini Mohd Taib ini meninggalkan satu khazanah yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah autobiografi, yang akan mendedahkan segala-galanya yang selama ini menjadi satu rahsia yang digenggam kemas dalam hatinya.

Perancangan untuk menyiapkan buku itu sudah lama wujud dalam hatinya. Namun, kesibukan kerana melalui jadual kerja yang padat membuatkan Anita atau lebih akrab disapa Kak Nita ini terpaksa menangguhkan dulu pembikinan biografi itu.

“Idea ini memang sudah ada dalam kepala sejak tiga tahun lalu tapi kerana kesibukan, hasrat itu terpaksa ditangguhkan terlebih dulu. Pun begitu, bahan-bahan untuk menghasilkan autobiografi ini sudah ada cuma Kak Nita perlukan masa untuk menyiapkannya.

“Bila ia akan siap, Kak Nita tak dapat nak berikan tempoh masa tetapi apa yang pasti biografi itu akan siap dan akan menemui peminat Kak Nita yang selama ini tak henti-henti bertanyakan buku itu sejak Kak Nita melahirkan hasrat untuk menerbitkannya,” cerita Anita yang ditemui pada majlis pelancaran lagu single hari raya miliknya berjudul Maafkan baru-baru ini di Restoran Al-Halabi, Hotel JW Marriot, di ibu negara.

Sambil ditemani suami tersayang, Mahathir Abdullah yang setia berada di sisi, Anita yang kelihatan jelita dengan rambut potongan bob berkata autobiografi itu akan menjadi sebuah naskhah yang akan menceritakan segala kisah silam yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Sepanjang Kak Nita berada dalam dunia seni, saya sudah melalui segala-galanya. Pahit, manis, suka duka, semuanya akan saya rangkumkan dalam biografi ini. Buku yang akan diterbitkan dalam dua versi iaitu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ini akan menyelongkar semua cerita peribadi saya. Mungkin akan ada yang beranggapan bahawa buku ini akan hanya menceritakan yang indah-indah saja. Tapi sebenarnya tidak.

“Saya tidak akan merahsiakan apa-apa. Biografi ini penuh dengan kejujuran. Antara kisah yang akan saya dedahkan nanti dalam buku itu ialah kisah perceraian ibu bapa kak Nita. Dan kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang akan saya dedahkan nanti, itu terpulang pada mereka. Kalau mereka suka, mereka boleh baca. Kalau tak suka, tak payah baca. Bagi Kak Nita sendiri, tidak ada apa yang hendak dimalukan apabila mengambil keputusan untuk mendedahkan kontroversi itu,” tegas penyanyi berusia 57 tahun ini.

Untuk menjadikan biografi itu lebih bermakna, Anita berkata ia juga akan diselitkan dengan gambar dan surat peribadi yang disifatkannya sebagai paparan eksklusif untuk peminatnya.

“"Insya-Allah Kak Nita akan pulang semula ke Las Vegas nanti untuk mengambil semua barang-barang peribadi bagi membolehkan biografi itu dapat disiapkan,” katanya yang menyimpul hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar membabitkan pemuzik orkestra.

Klip video Maafkan kisah benar

KETIKA ini melodi Maafkan barangkali sudah mendapat tempat di corong radio tanah air dan sudah didengar sebilangan besar peminat setia penyanyi bertaraf superstar ini. Sewaktu majlis pelancaran single itu, Kak Nita berkata dia cukup terharu kerana akhirnya impiannya untuk menghasilkan sebuah lagu raya tercapai juga.

Sambil mengakui penerbitan lagu itu tidak akan terhasil tanpa sokongan kuat suami tersayang dan orang di sekelilingnya, Anita berkata lagu Maafkan sebenarnya seperti sebuah biografi yang menceritakan perjalanan hidupnya.

Dan untuk menjadikan lagu itu lebih bermakna, Anita turut merakamkan sebuah klip video yang menurutnya diangkat dari kisah benar.

“Perkara yang paling Kak Nita ingat adalah apabila Kak Nita terpaksa menyambut 1 Syawal tanpa kehadiran seorang lelaki bernama ayah. Setiap kali apabila Kak Nita terkenangkan membesar tanpa ayah di sisi, pasti air mata ini akan menitis. Mengenangkannya saja boleh membuat Kak Nita menangis, apatah lagi untuk menceritakannya. Tapi, semua itu berubah sebaik saja Kak Nita berkahwin dengan Abang Mahathir sejak sedekad lalu.

“Bukan mudah untuk membesar tanpa seorang lelaki bernama ayah. Lebih tragis apabila melihat teman lain bahagia menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Itulah yang Kak Nita rasakan masa zaman kanak-kanak dulu. Sedih, terasa kosong dan keadaan yang sama Kak Nita lalui sewaktu menyanyi di Caesar’s Palace di Las Vegas dulu. Nampak gah tapi pada hakikatnya, jiwa Kak Nita sunyi sehinggalah Abang Mahathir datang dalam hidup ini.

Mengenai sambutan hari raya yang bakal menjelang tiba, Kak Nita akan menyambut ketibaan Syawal di rumah ibu tirinya, Datin Umi Kalsum.

“Kak Nita hanya akan berada di rumah Umi pada hari raya pertama nanti kerana pada malam sebelumnya, Kak Nita terbabit dengan persembahan di sebuah kapal pelayaran di Singapura. Masa mula-mula mendapat tawaran untuk membuat persembahan di situ, tidak sangka pula yang persembahan itu berlangsung sehari sebelum hari raya. Jadi Kak Nita pun menelefon Umi dan bertanyakan apakah Kak Nita perlu menerima undangan itu.

“Namun Umi menasihatkan Kak Nita supaya meneruskan saja kerana rezeki yang datang tidak patut ditolak. Jadi selepas Kak Nita buat persembahan, Kak Nita akan pulang ke Kuala Lumpur untuk berhari raya bersama mereka,” katanya sambil mengukir senyuman manis.

Utusan Malaysia Online - Rencana

Utusan Malaysia Online - Rencana

Shared via AddThis

Tuesday, September 1, 2009

AWANG HASMADI AWANG MOIS

Awang Hasmadi bin Awang Mois


Room: 1.12
Phone: Ext 1137
ahasdi@fass.ubd.edu.bn

Academic Qualifications
MA (St Andrews), PGCE (Newcastle), MA (Wales), PhD (Wales)

Background

Awang Hasmadi, a Malaysian citizen, was born in Kuching, Sarawak, in 1952. After attending high schools in Sri Aman, Sibu and Miri, he was awarded a Sarawak Foundation scholarship that allowed him to join Universiti Kebangsaan Malaysia in 1973, as an undergraduate majoring in Anthropology and Sociology.

For his graduation exercise Hasmadi conducted fieldwork among the Salako Dayaks of Lundu District, southwestern Sarawak, writing up his Malay-language report “Salako Adat” under the supervision of Hood M. Salleh. Awang Hasmadi graduated in 1977 and was awarded the book prize for best student in anthropology and sociology.

Shortly after graduation, Awang Hasmadi was accepted into Universiti Kebangsaan Malaysia’s “Academic Staff Training programme” and was appointed as a tutor in the Anthropology and Sociology Department. He began his M.A. programme in 1977 and from April to November 1978 continued his field research on the Selako, using his findings for his Malay-language M.A. thesis (also under Hood’s guidance), “Adat dan Ugama Selako”, which was accepted for the M.A, degree in 1980.

In 1984 Awang Hasmadi left for Cambridge University, with dual sponsorship by Malaysia’s Public Service Department and Universiti Kebangsaan Malaysia. Here he enrolled in the Ph.D. programme, with Sir Edmund Leach and then Simon Strickland as his advisers. As part of his programme, Awang Hasmadi returned to Lundu District, southwestern Sarawak, to further his knowledge of Selako ritual practices. His research was funded this time by Universiti Kebangsaan Malaysia and by a grant from the Cambridge University-administered “Smuts Memorial Fund”. His thesis, “Selako Worldview and Rituals: was accepted for the Ph.D. degree in 1992.

Awang Hasmadi was on the faculty of Universiti Kebangsaan Malaysia for more than twenty years, during which he rose from tutor (1977-79) to lecturer (1980-99), and associate professor (1999-2007). He was head of the University’s Anthropology and Sociology programme from 2004 to 2007.

In addition to his service to Universiti Kebangsaan Malaysia, Awang Hasmadi has held research fellowships at the Senri Ethnological Museum in Osaka, Japan (1991), and at the Institute of Southeast Asian Studies, Singapore (1994). For a little over two-and-a-half years (1999-2002), he was Visiting Professor in the “Area Studies Program”, University of Tsukubu, Japan, where he taught various courses on Southeast Asian themes, while also researching the state of Islam in Japan under the University of Tsukuba’s “Foreign Professor Research Project” (2001-02).

Awang Hasmadi has been a member of the “National Committee for Oral Traditions” in Malaysia’s Federal Ministry of Youth, Culture and Sports (1979-84), the “Steering Committee”, Universiti Malaysia Sarawak (1992) and the “Experts Panel for Ensiklopedia Umum Pelajar” of the Dewan Bahasa dan Pustaka in Kuala Lumpur.

Awang Hasmadi joined UBD as a Visiting Associate Professor in 2007.
Research

Hasmadi is especially interested in the anthropological study of rituals and how they may be employed as expression, reaffirmation and maintenance of ethnic identity and power. His principal research area is in the southwestern area of Sarawak and adjacent parts of Kalimantan, where he studies the dynamic and symbiotic relationships between Selako and Lara Dayaks, as well as the relationship between both these Dayak groups and the coastal Malay people of Lundu District.
He is equally interested in the construction of ethnic identities among the two Dayak groups and in the redefinititon of the concept of “Melayu” among the coastal Malays. In addition, Hasmadi has a growing, although supplementary, research interest in Indonesian-Malaysias relations and in Islam in Japan.

Teaching

At UBD Awang Hasmadi has taught the introductory course Understanding Society and the topical courses: Social Stratification, Race, Ethnicity and Nationalism, Social Thought (classical) and Contemporary Social Thought.

Selected Publications

Graduation Exercise and Theses

1977. Adat Selako. Graduation Exercise, Dept, of Sociology & Anthropology, Universiti Kebangsaan Malaysia. vi + 182pp.

1980. Adat dan Ugama Selako. M.A, thesis, Dept, of Sociology & Anthropology, Universiti Kebangsaan Malaysia. x + 245pp.

1992. Selako Worldview and Rituals. Ph.D. thesis, Dept. of Anthropology, Cambridge University. xii + 281pp.


Books

1991 (co-edited with Hood Salleh and Kamaruddin Said), Wawasan 2020: Pembentukan Bangsa Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Antropologi dan Sosiologi. 67 pp.

1992. (co-edited with Hood Salleh and Kamaruddin Said), Mereka Yang Terpinggir: Masyarakat Terusing di Indonesia dan Orang Asli di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

1998. (co-edited with Sanib Said), Masyarakat Melayu Sarawak. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak. xxxii + 167pp.
Chapters in Books

1986. Pribumi, Pembangunan dan Pengkaji di Sarawak. In Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Anthropologi dan Sociologi. 24-47.

1988. Suatu Renungan Terhadap Beberapa Cerita Lisan di Sarawak, In Wajah Sastra Sarawak, ed. Hamzah Hamdani. Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3-13.

1992. (with M.Y. Ismail), Perkembangan Jabatan Antropologi dan Sosiologi. In Renungan Tentang Ilmu Sosial, eds. Sharifah Zaleha dan Shamsuddin Z. Sopian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 15-40.

1992. Pengenalan Kepada Masyarakat Selakau. In Sipol Strassman Ambun, Daftar Kata: Bahasa Malaysia-Dialek Selakau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. xiii-ix.

1997. Hubungan Kaum dan Pencapaiannya. In Agenda Pembinaan Negara Dalam Era Kebangkitan Asia, eds. Mohd Yaakob et al. Kota Kinabalu: Institute of Development Studies (Sabah). 105-20.

2002. Exploring Selako Idioms: Rules on Courtship, Marriage and Married Life. In Cultural Adaptation in Borneo, eds. Masaru Miyamoto and Patricia Regis. Kota Kinabalu: Sabah Museum (= Monograph 7). 147-83.

2002. Globalisasi dan Kebudayaan: Pengalaman Sarawak, In Sabah dan Sarawak dalam Arus Globalisasi, eds. Mohd. Yusof & Sabihah Osman. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 106-118.

2003. Masyrakat Melayu Sarawak: Satu Penilaian. In Budaya Melayu Dalam Realiti Baru, eds. Adi Badiozaman Tuah et al. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak. 15-30.

2006. Di Sebalik Laporan Media Tentang Sulawesi: Dari Ilmu Kolonial Hingga Kajian Ritual. In Kemelayuan Indonesia dan Malaysia, eds. Stanislaw Sandrapura et al. Jakarta: Departmen Kebudayaan dan Parawisata Republik Indonesia. Vol 1. 461-76.

Articles in journals

1978. Beliefs and Practices Concerning Births among the Selako of Sarawak, Sarawak Museum Journal (NS) 26: 7-13.

1981. Selako Circumcision. Sarawak Museum Journal (NS) 29: 59-72.

1984. Penyelidikan Antropologi di Sarawak: Satu Nota Ringkas. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 12:85-91.

1984. Tinjauan Tterhadap Institusi Ngayau. Akademika 24:58-81.

1994. Rituals in Sarawak. Sarawak Museum Journal (NS) 47(68): 37-55 (= Special Issue No. 5, Part 1).

1995. Some Selako Rules on Marriage. Sarawak Gazette 112 (1534):40-42.

2002. Some Issues Affecting Muslims in Japan. Area Studies Tsukuba 20:213-40.

2002. Masyarakat dan Budaya di Kalimantan Barat. Rumpun: Melayu-Polinesia 16:57-105.

Encyclopedia Entries

1994. Adat Perkahwinan Bidayuh. Ensiaklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.Vol. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 97-8.
1998. Penan. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Vol. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1783-84.

Selected Recent (since 2004) Conference Papers

2004. Sains Sosial dan Pelbagai Mitos Tentang Manusia. International Conference on Social Sciences and Humanities, sponsored by the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebansaan Malaysia. 10 pp.

2005. Kajian Kalimantan dan Signifikannya dalam Hubangan Malaysia-Indonesia. Ninth Indonesia-Malaysia Symposium jointly sponsored by Universiti Kebangsaaan Malaysia and Universitas Padjajaran Bandung. 18 pp.

2006. Rentap: Dari Sudut Pandangan Kolonialis dan Orientalis Brooke. National Sabah and Sarawak Historical Conference sponsored by Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. 20 pp.

Wednesday, August 5, 2009

PENGISAHAN PENGALAMAN BUDAYAWAN TEATER SARAWAK


Awang Bujang Hamdan semasa mengarah bangsawan Sharif Masyahur

Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, venue Pengisahan Penglamanan Budayawan Teater Sarawak Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan pada 8 Ogos 2009 mulai jam 8 pagi hingga jam 2 petang diubah dari Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak ke Rumah Sarawak di Jalan Taman Budaya.
Selain daripada Awang Bujang Hamdan yang lebih dikenali sebagai A.B.Nor dalam bidang drama dan teater di Sarawak ada dua orang lagi yang dijemput untuk bercakap. Mereka ialah Encik Mohamad Abang dan Kpl (B) Jabar bin Udin, dua orang bekas perajurit yang pernah bertempur dengan musuh di medan perang.
Mereka dijemput sempena memperingati pelancaran Tabung Kutipan Derma Hari Pahlawan.

Orang ramai dipersilakan datang beramai-ramai.

Mereka yang tidak tahu venue yang dimaksudkan letaknya berdekatan dengan Taman Reservoir di atas bukit, dan dulu pernah digunakan sebagai rumah kediaman rasmi Ketua Menteri untuk beberapa tahun.

Kini bangunan itu merupakan pejabat dan pusat aktiviti Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.

Sila masuk ke simpang bertanda Bahagian Kebudayaan.

Selamat Datang. Kami menunggu anda.

Wednesday, June 3, 2009

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN



Datu Dr Haji Adi, Pengarah BPPMIS yang juga seorang teaterawan dan sastera membantu membetulkan busana pelakon di dalam pengisahan semula Sejarah Syarif Mashor dalam bentuk bangsawan sempena Minggu Budaya Melayu Sarawak, Mac 2009.



LATAR

Pelaksanaan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan adalah bagi menjayakan kempen Cinta Negara di bawah program Setia Bestari, Jabatan Penerangan Malaysia bermula pada tahun 2003.

Pertandingan ini mempunyai matlamat yang jitu untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat melalui kebolehan peserta bercerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi bersemuka. 

Pesertappeserta juga akan dibenarkan menggunakan alat bantuan media seperti komputer, muzik, visual, teknik lampu dan lain-lain untuk menarik minat penonton.

Pertandingan ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan pendapat, pandangan dan bentuk seni dan budaya masyarakat Malaysia.

Selain daripada itu pertandingan ini juga berharap untuk meningkatkan perasaan cinta negara dan patriotik rakyat Malaysia ke arah menyokong usaha kerajaan melalui kreativiti dan inovasi bagi membina negara Malaysia yang bersepadu, aman damai dan maju sepenuhnya dengan acuan sendiri menjelang tahun 2020.


OBJEKTIF

 1.   Menggalakkan warganegara Malaysia menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai dasar-dasar Kerajaan melalui media dlternatif seperti kesenian tradisi, puisi moden dan tradisional serta lain-lain bentuk budaya etnik dan pelbagai kaum di Malaysia

2.    Meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman rakyat tentang dasar-dasar negara.

3.     Menggalakkan kemahiran menulis skrip dan menyampaikan mesej kenegaraan dalam bentuk bercerita dengan sokongan alat bantuan media.


Petikan buku cenderamata Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2009 Peringkat Negeri di Dewan Masyarakat Meradong pada 17 Mei 2009.

SEJARAH DAN PUTAR BELIT SEJARAH


Kita siarkan rencana Bernama di bawah ini sebagai hujah dan bukti betapa pentingnya kita mengusahakan sekarang dan seterusnya penulisan fakta sejarah supaya ia tidak diputar belit dan dikesampingkan atas nama idealisme dangkal yang semata-mata merupakan satu permainan bagi menguji kekukuhan dari segi akademik oleh pihak tertentu terhadap teori sosiopolitik yang mereka pelajari.

Dari segi teori mereka Chin Peng yang kini sudah uzur dan sudah tua boleh dibenarkan balik ke Malaysia yang pernah dikhianatinya atas dasar peri kemanusiaan, tanpa memikirkan kesan peri kemanusiaan terhadap penderitaan yang telah dialami oleh rakyat negara ini.

Penaja idealisme itu hanya melihat pentingnya dasar peri kemanusiaan diaplikasikan terhadap Chin Peng, tapi tidak mahu melihat kesan psikologi dan kepentingan perasaan mangsa-mangsa Chin Peng.

Pengkhianatan menggunakan teori dan idealisme begini dilancarkan oleh mereka yang menolak sejarah walaupun memperjuangkan hak asasi manusia.



ABADIKAN PERJUANGAN MENENTANG KOMUNIS MENERUSI MUZIUM DARURAT

 

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2009 (Bernama) -- "Dirikan muzium darurat sebagai satu usaha mengabadikan perjuangan dan kemenangan rakyat Malaysia menewaskan pemberontakan komunis.

"Muzium ini juga sebagai memperingati jasa pahlawan negara termasuk, askar, polis dan konstabel khas, pengawal kampung, askar British, Gurkha dan Komanwel yang jarang dikenal atau didendangkan."

Demikian saranan Datuk Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dalam wawancara dengan Bernama di pejabat PSM Jalan Tun Razak baru-baru ini.

Menurut beliau, PSM membuat cadangan ini memandangkan betapa pentingnya negara menentukan kelestarian memori bangsa mengenai satu peristiwa besar (darurat) yang meninggalkan banyak kesan mendalam dalam sejarah negara.

INSTITUSI HIDUP

Muzium yang dicadangkan boleh menjadi 'institusi hidup' yang dapat menyanggah sebarang usaha pembohongan atau penyelewengan mana-mana pihak mengenai hakikat sebenar dahagi komunis.

Dengan adanya muzium ini, tambah Omar, rakyat terutama generasi muda akan dapat mengenal pasti daripada sudut sejarah siapa dia sebenarnya wira dan pejuang bangsa dan siapa pembelot dan penderhaka dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan negara Malaysia.

Tambahan pula, katanya, seorang demi seorang daripada mereka yang terlibat dalam gerakan mematahkan pemberontakan komunis atau yang melalui pengalaman ngeri semasa komunis bermaharajalela, telah meninggal dunia.

"Mereka yang masih hidup boleh dirakamkan pengalaman mereka dengan kecanggihan teknologi yang ada masa kini. Rakaman ini boleh disimpan di muzium berkenaan sebagai satu catatan sejarah yang berharga dan boleh didengar dan dipertonton kepada pengunjung ke Muzium Darurat yang dicadangkan.

"Perang menentang komunis ini amat penting untuk diabadikan untuk memberi pengajaran akan bahaya musuh dalam selimut. Kisah peribadi mereka yang terlibat dalam peperangan ini adalah bahan sejarah penting yang perlu dicatat dan disimpan. Jika mereka sudah tiada, apa lagi yang boleh menjadi bukti kekejaman komunis," katanya.

Omar berkata tidak banyak peruntukan wang diperlukan untuk membina Muzium Darurat ini, sedangkan manfaatnya amat besar untuk masa depan negara.

PERLU DIJADIKAN IKTIBAR

Menurut Omar, zaman Darurat yang banyak menyaksikan peristiwa berdarah amat penting dalam lipatan sejarah Malaysia.

Ia juga perlu diabadikan supaya dapat menjadi iktibar dan pengajaran sepanjang masa kepada rakyat Malaysia khususnya generasi masa depan.

Negara, katanya, mengambil masa kira-kira 41 tahun (1948-1989) untuk memerangi dan menewaskan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng, setiausaha agung PKM.

Pengganas komunis yang juga dikenali sebagai 'Bintang Tiga' mengganas dan bermaharalela selama dua minggu selepas Jepun tewas dan sebelum Inggeris mengambil alih pemerintahan negara ini pada September 1945.

Ini kemudian disusuli pengisytiharan darurat pada 16 Jun 1948 yang berlarutan sehingga 1960. Kerajaan British mengisytiharkan Darurat selepas tiga pengurus ladang dibunuh komunis di Sungei Siput, Perak. Dalam tempoh yang panjang memerangi komunis, jelasnya, negara kerugian ratusan juta ringgit.

"Kerajaan menanggung kos perang antara RM130 juta hingga RM150 juta setahun. Saya masih ingat semasa bersekolah di Penang Free School, kami diberitahu guru sejarah bahawa kerajaan menanggung kos RM1 juta sehari untuk memerangi komunis. Itu baru kos yang ditanggung kerajaan negara ini tidak termasuk pasukan tentera Inggeris dan Komanwel," kata Omar.

Rakyat Malaysia juga, tambahnya, wajar berbangga dengan kejayaan kerajaan dan rakyat negara ini yang berjaya mematahkan pemberontakan komunis.

"Inilah kali pertama dalam sejarah sebuah negara bebas berjaya mengalahkan pihak komunis. Rakyat negara ini bukan sahaja harus berbangga tetapi juga tidak boleh melupakan atau mensia-siakan pengorbanan mereka yang telah mempertaruh nyawa untuk menghancurkan cubaan komunis daripada berkuasa di negara ini.

"Rakyat juga perlu sedar bahawa bahaya seperti ini ada setiap masa, lebih-lebih lagi apabila kita mula alpa atau memandang ringan soal keselamatan negara," jelas Omar.

Justeru, menurut Omar, PSM menyokong penuh keputusan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng, pulang dan tinggal di negara ini.

Tambahnya, membawa balik Chin Peng bermakna memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada pemimpin komunis itu serta perjuangannya.

PENGGANAS DAN PETUALANG

Sambil menyuarakan rasa kecewanya kerana isu Chin Peng dibenar ditimbulkan semula, Omar berkata PSM telah membuat pendirian yang tegas mengenai isu Chin Peng yang mahu kembali ke negara ini sejak dibangkitkan pada 2003.

Beliau berpendapat ada dua faktor mengapa isu Chin Peng ini dibangkitkan semula, iaitu, satu, kerana generasi baru yang mendapat layanan hasil dasar keterbukaan kerajaan cuba mencari cerita alternatif dan kedua, kepentingan politik sesetengah pihak yang sengaja mahu 'menangguk di air keruh.'

"Ini juga adalah kerana kejahilan tentang sejarah tanah air dan mereka tidak melalui pengalaman pahit-maung serta penderitaan akibat kekejaman komunis.

"Itu sebabnya mengapa mereka tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap PKM dan Chin Peng dan dengan itu menyokong tuntutan Chin Peng untuk kembali ke negara ini. Hanya mereka yang melalui pahit dan duka kesengsaraan hidup semasa komunis bermaharajalela dapat merasa dan memahami sejarah yang sebenarnya," kata Omar.

Bagi Omar, Chin Peng tidak harus balik ke Malaysia. Dia juga tidak harus dibenar menjejakkan kakinya di negara ini. Sekiranya Chin Peng kembali ke negara ini, dia sepatutnya dibicarakan sebagai penjenayah perang.

PKM yang dipimpin Chin Peng, pengganas dan petualang negara, telah mencetuskan banyak angkara, keganasan dan kezaliman, katanya.

Antaranya selepas Jepun menyerah kalah pada akhir Ogos 1945 dan sebelum tentera British kembali ke Tanah Melayu pada September tahun yang sama, PKM menculik ramai orang Melayu dan yang lain yang disyakki PKM sebagai 'tali barut' pihak Jepun. Mereka itu, katanya, diseksa dan dibunuh.

Pengganas komunis PKM juga, katanya, membunuh pengusaha ladang getah serta merosakkan harta awam di mana keganasan serta huru-hara yang dicetuskan pengganas komunis menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan Darurat yang berpanjangan selama 12 tahun (1948-1960).

Ramai rakyat yang tinggal di kawasan terpencil dipindahkan ke kawasan baru yang dikenali sebagai 'kampung baru' yang dikawal ketat tentera dan polis.

Omar berkata di dalam perang selama 12 tahun itu, Chin Peng mengepalai tentera gerilanya seramai 8,000 orang lelaki dan perempuan melawan hampir 25,000 orang askar Melayu, British dan Komanwel.

Angka itu, katanya tidak termasuk lebih 50,000 polis, konstabel khas yang kebanyakannya kaum Melayu, dan pasukan pengawal kampung dikenali sebagai 'Home Guard'.

"Selepas Darurat (peringkat pertama) tamat pada 1970, ditafsirkan 6,700 pengganas komunis berjaya dibunuh, sementara di pihak kerajaan pula, 1,865 orang anggota keselamatan terkorban dan lebih kurang 3,000 orang awam maut.

"Ini adalah angka rasmi, mungkin ada angka lebih besar yang kita tidak tahu. Bagaimanapun, pengorbanan mereka yang terbunuh ini tidak boleh dilupakan dan disia-siakan," katanya.

PUTAR BELIT SEJARAH

Omar turut mengulas tindakan Chin Peng menghasilkan memoir yang mendakwa bahawa pemberontak komunis Malaya adalah pejuang nasionalis radikal yang menentang imperialis dan penjajahan British.

"Ini satu pembohongan besar. Dia cuba memutar-belitkan sejarah Darurat untuk menutup keganasan, kekejaman serta dosa yang telah mereka lakukan.

"Sejak 1930, PKM merancang untuk mendirikan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu dengan bantuan luar. Republik Komunis bererti tidak ada Kesultanan Melayu dan juga hak keistimewaan untuk orang Melayu. Yang paling utama, komunis adalah anti-Islam," katanya.

Pembohongan yang dilaungkan komunis, katanya masih dapat ditangkis pada zaman ini kerana masih ada mangsa Darurat yang hidup meskipun mereka sudah tua tetapi masih mengingati kenangan pahit semasa pemberontakan komunis.

"Apabila mereka ini sudah tiada, cerita sebenar pembohongan tersebut mungkin akan menjadi kabur dan lama kelamaan ditakuti lenyap. Akhirnya generasi baru akan menerima pakai kisah pembohongan itu sebagai kenyataan benar.

"Sekarang pun sudah nampak persepsi tentang penjahat komunis dan sejarah Darurat berubah sedikit demi sedikit lantaran dipisahkan oleh kejauhan masa dan peristiwa.

"Ini akan menjadi lebih ketara di kalangan generasi muda yang tidak merasai keperitan zaman Darurat serta bahaya ancaman komunis selain daripada membaca kisah ini yang dibicarakan secara umum di dalam buku teks sekolah," katanya.

Menurut beliau, PKM gagal di negara ini kerana tidak mendapat sokongan padu orang Melayu yang beragama Islam yang melihat komunis sebagai anti-Islam dan gejala asing.

"Jika komunis mendapat sokongan orang Melayu, sudah tentu sejarah negara ini akan berubah," katanya.

BUKAN NASIONALIS

Menurut Omar, Chin Peng dan konco-konconya juga bukan nasionalis tetapi penderhaka kerana mereka mengangkat senjata menentang kerajaan yang dipilih rakyat. Jika mereka nasionalis, jelasnya, mereka seharusnya menerima pengampunan tanpa syarat yang ditawarkan di Rundingan Baling pada 1955.

"Chin Peng menolak mentah-mentah meskipun dia tahu Malaya berada di ambang kemerdekaan dan seharusnya mengakui hakikat perjuangan komunisnya adalah sia-sia," sambung Omar.

Beliau turut merujuk kepada Perjanjian Damai Haadyai yang ditanda tangani pada 2 Dis 1989 di antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand, yang menamatkan perjuangan bersenjata komunis.

"Perjanjian tesebut adalah penyelesaian bijak. Komunis secara terang-terangan telah tewas tetapi mereka tidak dihukum seperti yang lazimnya dilakukan ke atas pihak yang kalah perang.

"Rakyat Malaysia tidak menuntut bela atau memburunya seperti yang berlaku ke atas pemimpin-pemimpin Nazi, Jepun dan Khmer Rouge yang diheret ke Tribunal sebagai penjenayah perang.

"Chin Peng serta pemimpin lain PKM sebaliknya dibenar tinggal di wilayah Thai bersempadan dengan Malaysia. Perjanjian Haadyai 1989 adalah anugerah konsesi yang amat besar dan PKM seharusnya berterima kasih. Meminta lebih daripada itu sudah keterlaluan dan tidak mengenang budi," tegas Omar.

Menurut beliau lagi, meskipun PKM menandatangani Perjanjian Damai Haadyai dan sanggup meletak senjata tetapi mereka sebenarnya tidak menyerah kalah.

"Jauh sekali menggugurkan hasrat bulat mereka untuk bangkit semula mengangkat senjata, bagi berjuang menegak ideologi dan cita-cita politik mereka yang belum selesai," tambahnya.

BAHAYA MASIH ADA

Sehubungan itu, Omar mengingatkan bahawa bahaya komunis tetap ada walaupun perjuangan mereka telah berjaya dipatahkan.

"Komunis tidak akan hapus. Macam di bendang, ada pelbagai jenis ikan (haruan, keli) dan belut. Bila tak ada air, ikan-ikan ini akan menanam diri mereka di dalam lumpur. Bila ada air, ikan-ikan itu akan keluar semula.

"Kita sudah buat kajian kisah komunis di seluruh dunia. Begitulah yang mereka lakukan. Secara halus, mereka ini akan menyusup masuk dalam mana-mana persatuan, persatuan kebudayaan, persatuan muzik. Bila mereka sudah kuat mereka akan ambil alih persatuan tersebut dan mengembangkan sayapnya.

"Saya pasti ada usaha untuk menghidupkan kembali ideologi komunisme kerana ideologi ini tidak akan dibenarkan mati," jelasnya.

Beliau turut merujuk kepada kebangkitan pengaruh pemerintahan sosialisme, satu cabang komunisme, di Amerika Selatan.

Menurut Omar juga, sekali seorang itu Marxist-Komunis selama-lamanya dia Marxist-Komunis.

Sejarah juga, katanya, membuktikan pihak komunis yang 'mati' dapat bangkit dan menceroboh semula apabila ada kesempatan, kelemahan dan kealpaan dalam negara.

"Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Saya memohon supaya satu kata pemutus tegas diambil berhubung isu Chin Peng ini. Ia perlu dianggap sebagai 'cerita yang sudah ditutup' dengan satu noktah besar.

"Kita mesti bergerak ke depan. Kita perlu fokus kepada menangani pelbagai masalah yang ada untuk membangunkan negara ini dan kita tidak mampu untuk terus-terusan bercerita tentang kedurjanaan komunis," tegas Omar.

-- BERNAMA 

http://bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=415222