SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Friday, May 8, 2009

DATO SRI HAJI SAFRI AWANG HAJI ZAIDELL

Dato’ Sri Safwi Awang Haji Zaidell mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph’s di Kuching. Beliau memperoleh Sijil Persekolahan dari Dudley College, United Kongdom dalam tahun 1957 dan dalam tahun 1962 memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Victory Universty, New Zealand. Dalam tahun 1985 beliau menghadiri sebuah Program bagi Pengurus Kanan dalam Kerajaan di John F Kennedy School of Government, Havard University, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Sarawak dalam tahun 1954 dan kekal di dalam perkhidmatan sehingga bersara pada tahun 1990. Beliau telah berkhidmat di dalam pelbagai jawatan. Antaranya mengajar di sekolah rendah dan menengah serta di Maktab Perguruan Batu Lintang.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Pejabat Ketua Menteri, Pegawai Daerah, Attase Pendidikan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Setiausaha Tetap di beberapa kementerian dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Safri Awang juga pernah berkhidmat dalam badan-badan berkanun. Beliau pernah menjadi Pengerusi Limbungan dan Kerja Kejuruteraan Brookes, Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak, Ahli Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang dan Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Setelah bersara beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Yayasan Sarawak, dan dalam jawatan itu, mewakili Yayasan Sarawak dalam Lembaga Aseambankers Berhad serta di dalam beberapa syarikat pembalakan.

Kini beliau merupakan Naib Presiden Majlis Pengakap Sarawak dan Pengerusi Yayasan Pengakap Sarawak.

Dalam bidang perniagaan beliau merupakan Pengerusi Jayaria Sdn Bhd, Mahsuri Ria Sdn Bhd, Lily Mahsuri Sdn Bhd; Klamars Sdn Bhd, Petronesa Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Petronesa Trading Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan pemilih salam di dalam Permodalan Sarawak Berhad dan Koperasi Anib Berhad.

(Disusun semasa Kongres Islam Sarawak 2009)

No comments:

Post a Comment