SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Sunday, May 3, 2009

PROJEK BIOGRAFI DAN PENGISAHAN PENGALAMAN

Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah, Pengarah BPPMIS


Blog ini diwujudkan sebagai iringan kepada Projek Pengisahan Pengalaman dan Penulisan Biografi, Autobiografi dan Memoir dikendalikan oleh Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Projek ini sudah lama berputik dan dalam satu mesyuarat penulis-penulis veteran di DBP Sarawak Oktober 2008 peri perlunya dilaksanakan projek itu dengan kadar segera memandang semakin kurang tokoh dan insan yang telah memberi sumbangan terutama ke arah pencapaian kemerdekaan negara yang masih hidup.

Dalam pada itu disedari juga warga-warga emas yang sudah meninggalkan tugas kerana faktor usia tetapi masih cergas dan sihat, boleh diajak terlibat untuk mengisahkan secara lisan pengalaman peribadi mereka bekerja dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Pengalaman dan pengisahan mereka boleh menjadi bahan penerbitan yang penting dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat dalam pembinaan identiti dan jati diri anak bangsa.

Sekiranya pengalaman demikian diketepikan masyarakat akan rugi dari segi pengalaman dan ilmu dan pengetahuan yang boleh menjadi bahan rujukan.

Maka di antara langkah yang boleh dilaksanakan ke arah itu ialah menggerakkan para penulis muda dan veteran dan para pesara menulis biografi/autobiografi/memoir untuk memulihara dan mendokumentasi pengalaman dan riwayat hidup tokoh-tokoh dan individu.

Langkah itu dikira perlu dilaksanakan memandangkan sudah ramai tokoh terutama mereka yang terlibat langsung di dalam perjuangan kemerdekaan Negara dan mereka yang terlibat di dalam pengisian peringkat awal kemerdekaan sudah meninggal dunia.

Lagi pun usaha ini dijangka akan memberi manfaat dalam menghasilkan bahan cerita kemanusiaan perjuangan kemerdekaan untuk pengetahuan generasi pewarisnya.

Dalam blog ini akan disimpan untuk bacaan dan rujukan semua sebarang maklumat dan bahan-bahan yang berkaitan dengan personaliti dan orang-orang yang kebetulan diperolehi dan dikumpul di dalam pelaksanaan projek ini.

Bahan-bahan itu boleh kemudiannya diangkat untuk diperkembangkan menjadi sebuah manuskrip lengkap setelah dilakukan penyelidikan lebih mendalanm.





Sesi Sembang-Sembang Warga Emas




Penghargaan harus diberikan kepada Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah kerana menyetujui supaya projek ini dilaksanakan, malah telah mengusaha ruang semasa Minggu Budaya Melayu Mac lalu dalam bentuk aktiviti Sembang-Sembang Warga Emas dan Bicara Tokoh yang menjadi medan ujikaji idea ini.

Nyata aktiviti itu berjaya dan menarik perhatian ramai sehingga ramai individu dan personaliti tampil mengemukakan bahan rujukan bercetak untuk dijadikan bahan asas rujukan dan penulisan manuskrip.

Kami bermasalah menyimpan bahan-bahan berkenaan kalau hanya dalam bentuk fail biasa, kerana ada risiko bahan itu rosak dalam simpanan fizikal. Ada sebahagian daripada bahan itu merupakan naskhah asal dokumen berkenaan tokoh-tokoh tertentu.

Maka di antara langkah diambil ialah menyimpan salinan PDF dan salinan diproses semula di blog ini untuk rujukan.





Zaini Ozea dan Awang Bujang Hamdan, dua penulis veteran




Semoga usaha ini diberkati Allah dan dianugerahkan kejayaan untuk faedah semua.

Wassalam.

SAIEE DRISS
Penggerak Projek

No comments:

Post a Comment