SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Monday, May 11, 2009

PROFESOR MADYA DR HAJI AHMAD RIDZUAN BIN HAJI ABANG AWIT

Beliau dilahirkan di Kampong Pusa, Saribas Sarawak pada 23 April 1954

Mendapat pendidikan awal di SK Pusa, SMK Saribas Debak dan SMB St.

Augustine Betong.

Dari tahun 1976 hingga 1977 Melanjut pengajian di Maktab Perguruan Sultan Tanjong Malim Perak. Kemudian berkhidmat sebagai Guru di SMK Tuanku Abdul Rahman dan SMK

Petra Jaya di Kuching.

Pada tahun 1982-1985 beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Putera Malaysia dan

memperolehi Ijazah Bacelor Pendidikan (Hons) in dalam bidang Linguistik. Beliau terus diserap menjadi pensyarah di Universiti Putera Malaysia Cawangan Bintulu.

Pada tahun 1988-1991 beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafal di University of Hull England dalam bidang Pendidikan Psikologi.

Di sepanjang kerjaya beliau selama lebih 30 tahun, beliau telah berkhidmat di Jabatan Pelajaran Sarawak, di tiga buah universiti iaitu di UPM (1985-1993), di UNIMAS (1993-2002) dan di UiTM Sarawak (2002 hingga sekarang).

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Program Sains Kognitif di UNIMAS dan Timbalan Pengarah Kampus UiTM Sarawak.

Beliau amat aktif dalam bidang penyelidikan, perundingan dan dalam persatuan-persatuan professional peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Pada tahun 2005, Prof Madya Dr Abang Ridzuan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment