SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Monday, May 11, 2009

DATU HAJI PUTIT MATZEN

Yang Dipertua
Majlis Islam Sarawak

Datu Haji Putit Matzen, BSc, Dip. Ed, Dip. Educational Management and Administration,
lahir di Kampung Stunggang, Lundu.

Pendidikan dari Sekolah Melayu Kpg Stunggang dan SK Bumiputera Lundu.

Pendidikan menengah di Dragon Secondary School (kini Kolej Tun Abdul Razak) dan Tanjung Lobang Secondary School (Kini Kole4h Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang di Miri)

Pendidikan Tinggi di North Sydney Technical College; University of Western Australia; Moray House College of Education, Scotland; SEAMEO Centre of Innovation and Technology, Philippines; Stanford University, USA, dan Iain-lain kursus pendek di INTAN dan IAB, Kuala Lumpur; University of Exeter. UK; Commonwealth Development Centre, London: serta Lawatan Sambil Belajar ke Jepun, Taiwan dan Singapura.

Berkhidmat sebagai Guru, Penolong Kanan, Pengetua, Pegawai Peperiksaan,
Pegawai Pelajaran Bahagian (2 kali), Ketua Penolong Pengarah (di 4 Seksyen), Timbalan
Pengarah, dan bersara sebagai Pengarah Pelajaran Sarawak pada tahun 2000.

Beliau kemudiannya menyambung perkhidmatan di Pejabat Ketua Menteri, Kolej Swasta IBMS dan dilantik Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak mulai 2003 hingga kini.

Aktif sepanjang persekolahan sebagai Pengawas, School Captain (3 tahun),
Secretary, kemudian Director, Overseas Students Service, University of Western Australia,
A President Colombo Plan Students Association Western Australia, Chairman Muslims
Students Association of Western Australia, dan dipilih sebagai Ahli Exco Students
Association of Kingswood College.

Sepanjang perkhidmatan, aktif dalam beberapa Persatuan Sukan, Kebudayaan, Sains dan Matematik, Bulan Sabit Merah, dan Pengakap.

Pernah menjadi anggota Lembaga Yayasan Sarawak, Majlis Islam Sarawak, Centre for
Modern Management, Normah Medical Specialist Centre, SABERKAS, Yayasan Budaya
Melayu, Lembaga Amanah Masjid Daerah Lundu, Kolej Komuniti Sejlngkat, dan lain-lain
Ahli Biasa seperti BINA, Persatuan Melayu Miri, dan Surau Setia.

Pernah juga menjadi Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak, dan Presiden Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak.

Telah dikurnia beberapa Anugerah: Perkhidmatan Cemerlang (1981), PPB (1982). AMN (1988), Perkhidmatan Terpuji (1992), PBK (1994), PBS (1999), DJBS (2000), PPS (2002), dan PPD (Perak)(2003), dan PTK (PBS/l/7) (2006).

(Dari fail operasi Kongres Islam Sarawak 2009)

No comments:

Post a Comment