SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Tuesday, May 5, 2009

KE PERSATUAN PESARA SARAWAK



Haji Saidi Wahie, Presiden Persatuan Pesara Sarawak


Dalam usaha menjayakan Projek Biografi saya dan Cikgu Zamhari telah berkunjung ke pejabat Persatuan Pesara Sarawak di Jalan Kolam Air.


Ada sekurang-kurangnya dua tujuan asas kunjungan itu. Pertama ialah untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan demi membolehkan saya mewujudkan hubungan dan rangkaian kerjasama dengan para pesara yang menganggotai persatuan itu.


Tujuan kedua adalah untuk menghantar kertas maklumat dan mempelawa Persatuan Pesara Sarawak menghantar wakil ke dalam jawatankuasa Projek Biografi ditubuhkan oleh BPPMIS.


Malangnya ketika sampai di sama sekitar jam 9 pagi, kami hanya disambut oleh kerani persatuan itu, Cik Cecilia.


Setelah mengambil borang keahlian untuk kesemua pesara yang bertugas di BPPMIS saya dan Cikgu Zam balik dengan meminta Cecilia memberitahu Presiden persatuan akan hasrat kami itu.


Sebelum balik ke pejabat kami memutus untuk pergi sarapan kerana masing-masing belum sarapan dan kami terus ke Kopi-O Corner.


Sebalik saja duduk di salah sebuah meja di sebelah dalam kafe itu ada seorang insan yang datang mendekati meja kami sambil tersenyum lebar. Beliau ialah Cikgu Abang Nawawi Abang Abdul Rahman, bekas Ketua I PEBAS yang juga cergas sebagai ahli Rotary dan kini seorang peniaga setelah bersara dari MLNG di Bintulu.




Haji Abang Nawawi Abdul Rahman


Memang pun saya berfikir untuk berjumpa dengan Cikgu Abang Nawawi untuk mendapat banyak maklumat mengenai perjuangan hidupnya.


Beliau rupa-rupanya guru kepada Datu Adi, Zaini, dan ramai pembesar negeri. Menurutnya semasa mengajar Adi dan Zaini serta rakan-rakan untuk bersastera beliau menggunakan kaedah belajar di lapangan.


Beliau juga menceritakan tentang hubungan rapat dengan Allahyarham Datuk Amar Hajah Laila Taib, yang pernah menjadi guru dan pernah bersama-sama berusaha memungut derma untuk pembinaan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman atau STAR, tempat beliau pernah mengajar.


Malah katanya selepas 40 hari kematian Datuk Amar Hajah Laila nanti, MHBT (beliau jadi pegawai budayanya) akan mengusahakan satu acara Jasamu Dikenang untuk memperingati jasa Allahyarham.


Saya sempat meminta nombor telefonnya dan mencadangkan beliau menjadi tamu dalam satu sesi Pengisahan Pengalaman. Beliau bersetuju.


Beliau malah bersetuju untuk memulakan tulisan autobiografinya dengan saya sekali sekala menelefon untuk bertanya progres projek autobiografinya.


Setelah agak lama berbual dan setelah Cikgu Nawawi membayar harga minuman, kami berpisah dengan janji untuk terus bekerjasama.


Sejurus kami sampai di pejabat Cikgu ZXam menerima panggilan daripada Cecilia di Persatuan Pesara mengatakan saya terlupa beg mengandungi kamera dan dokumen yang memang biasa saya bawa di pejabatnya.


Saya bergegas pergi ke pejabat persatuan itu dan kebetulan Haji Saidi Wahie, Presiden Persatuan Pesara ada di pejabat.


Sesampai di pejabat persatuan saya sempat berbincang dan memberitahu Haji Saidi tentang projek itu dan beliau bersetuju untuk membawa isu itu dalam mesyuarat pada 20 haribulan ini.


Bagi saya ini adalah restu dan pertolongan Allah untuk memudahkan kerja saya melaksanakan projek itu.


Insya Allah, dengan keredhaan Allah semuanya akan berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment