SENARAI BUKU SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN


Senarai buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris diletakkan di sebelah bawah petak ini untuk rujukan semua bagi mengenalpasti buku-buku yang diistilahkan sebagai biografi, autobiografi dan memoir. Mungkin sebahagian daripadanya ada dalam simpanan kita atau pernah kita baca, tanpa menyedari itulah contoh buku yang hendak dihasilkan di bawah projek ini.

BUKU-BUKU AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI/MEMOIR

  • ABDULLAH HUSSAIN - Sebuah Perjalanan - DBP 1984
  • AWANG ROSLI AWANG JAYA - Ranjau Semalam - DBP 1990
  • BUANG HAJI OMAR - Biografi Novel Zain Hashim - DBP 1997
  • CHRISTINA THOMAS MAMORA - Women Who Inspire - Bumiserasi 2006
  • HARUN JOHARI - Menggong Pemburu Dari Sarawak - DBP 1997
  • HASSAN HAJI HAMZAH - Mahathir Great Malaysian Hero - Media Printers 1990
  • INSUN SONY MUSTAPHA: Memoir Mustapha Hussain - Kebangsaan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO - DBP 1999
  • JOHN BAPTIST CRASTA - Eaten By The Japanese - Raffles, India 1999
  • KALAM HAMIDI - Memoir Kalam Hamidi Dari Panggung Victoria Ke Istana Budaya - PUKM 2001
  • KHO KIAT SENG - Time For Reflection - The Story of Tan Sri Datuk William Tan - MRCS Sarawak 1992
  • KRISHEN JIT - Membesar Bersama Teater - DBP 1986
  • LILY HASLINA NASIR - A Samad Ismail - Bapa Tiga Zaman - DBP1999
  • MD SALLEH MAHYAT - Mendaki Menara Condong - DBP 1999 (Hadiah Biografi ESSO-GAPENA)
  • MEDIAN HAJI DAHLAN - Catatan Seorang Patriot - DBP 1989
  • MOHAMMAD KAYUM BADARUDDIN - Memoir Seorang Perajurit -PTS 2007
  • MOHD ZAMBERI A MALEK - Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen - PUKM - 1999
  • MUHSIN LABIB & RAKAN - Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam - PTS 2008
  • RAMLAH ADAM - Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik - DBP 1996
  • RESAT SALLEH - Anak Watan (novel biografi) - DBP 1992
  • RUDI AFFENDI HAJI KHALIK - Rosli Dhobi Di Tali Gantung - Gaya Media 1997
  • SALBIAH PAINAH - Menyusur Jalan Kenangan - PEKASA 2008
  • SYED OTHMAN SYED OMAR -Pemburu Bintang Tiga - PTS 2007

Monday, May 11, 2009

DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan

pendidikan rendahnya.

Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan

Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Adi pernah sebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan

Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching; tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri.

Adi banyak menulis makalah ilmiah tentang pendidikan dan diterbitkan dalam beberapa jurnal akademik. Selain itu, Adi telah banyak menghasilkan kertas kerja untuk symposium, seminar dan konvensyen mengenai pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan. Buku ilmiah beliau School Supervision: A Sarawak Experience telah diterbitkan pada tahun 2004. Selain terlibat dalam alam pendidikan, Adi bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kebahasaan, kesusasteraan dan teater.

Adi pernah memenangi Piala Pungguk kerana menjadi Johan Pertandingan Menulis Sajak Remaja (1974) bagi sajak Gratitude. Kerana sajak Penagih Sepi menjadi anak Sarawak yang pertama menerima Hadiah Sastera Kebangsaan pada tahun 1975 untuk bidang puisi. Dalam gerakan kebahasaan dan kesusasteraan Adi juga pernah menjadi:

Ahli Jawatankuasa Parsatuan Bahasa dan Sastera Sarawak (PEBAS)

Ketua Satu, Persatuan Penuiis Utara Sarawak (PUTERA),

Pengasas dan Ketua Satu, Gabungan Perastuan Penulis Sarawak (GPPS),

Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Ketua Satu, Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA)

dan kini sabagai Pengarusi, Medan Teater Sarawak (MANTERA).

Dalam bidang kasusasteraan sehingga kini Adi talah menghasilkan 3 kumpulani puisi

perseorangan — Lagu Malam, Puisi Buat Mama dan Panziarah Waktu.

Selain itu karya-karya Adi juga dimuatkan dalam baberapa kumpulan puisi bersama dengan beberapa

penuiis nasional yang Iain. Beberapa buah sajak Adi juga dimasukkan ke dalam buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Kompcnen Sastera.

Sehingga kini, kerana hasil karya kreatif dan penglibatan dalam dunia kebahasaan dan kesusasteraan Adi telah menerima anugerah berikut:

Hadiah Sastera Kabangsaan (Puisi) 1975 & 2003

Hadiah Sastara Sarawak (Puisi) 1995,

Hadiah Aktivis Sastera Sarawak 1997, dan

Hadiah Sastera Sarawak (Drama) 1998.

Kerana sumbangan itu juga Adi telah dikurniakan pingat-pingat berikut: ABS (1985), AMN (1997), PBS (2002), JBS (2003), Pingat Peringatan Delima (Perak)(2003), dan DJBS (2004).

3 comments:

  1. saya suka karya Datu dr hj adi badiozaman...kami d tingkatan 6 pun mengkaji karya beliau...iaitu PERTEMUAN DI HYDE PARK

    ReplyDelete
  2. Hai, saya akan linkkan blog awak dengan blok saya ya. untuk projek kelas. sorry, sy tak minta kebenaran terlebih dahulu. maafkan saya.

    ReplyDelete
  3. Hai, saya akan linkkan blog awak dengan blok saya ya. untuk projek kelas. sorry, sy tak minta kebenaran terlebih dahulu. maafkan saya.

    ReplyDelete